Dari 3 terapi sasaran (trastuzumab, pertuzumab, ado-trastuzumab emtansine), trastuzumab adalah satu-satunya ubat yang mempunyai biosimilar. Mengenai trastuzumab biosimilar, biosimilar pertama yang didaftarkan di Malaysia ialah Hertraz dan Zuhera pada tahun 2018. Herzuma kemudian didaftarkan di Malaysia pada tahun 2019. Dengan pengenalan biosimilar, jenama asli Herceptin (yang mengandungi bahan aktif trastuzumab) telah berkurang harga sebanyak 52%. (21)

Jadual berikut menunjukkan jenama trastuzumab yang terdapat di Malaysia (pada 31 Disember 2020).

No. Nama Produk Bahan Aktif Nama Pemegang Tahun Pendaftaran di Malaysia
1 Herceptin (asli) trastuzumab Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. 2015
2 Herzuma (biosimilar) trastuzumab Celltrion Healthcare Malaysia Sdn. Bhd. 2019
3 Zuhera (biosimilar) trastuzumab Biocon Sdn. Bhd. 2018
4 Hertraz (biosimilar) trastuzumab Duopharma Sdn. Bhd. 2018

Perbandingan Pilihan
Jenis Trastuzumab Biosimilar Yang Boleh Didapati Di Malaysia

Asal Biosimilar
Jenama Herceptin Herzuma Zuhera
Nama Bahan Aktif trastuzumab trastuzumab-pkrb trastuzumab (asal rDNA)
Petunjuk (Indikasi)
  • ⦁ Kanser payudara yang adjuvant
  • ⦁ Kanser payudara metastatik
  • ⦁ Kanser gastrik metastatik
Cara Memberi Ubat Laluan intravena
Tempoh Kanser Payudara Awal

12 bulan

Kanser Payudara Metastatik

Sehingga perkembangan penyakit

Keberkesanan Tiada perbezaan yang bermakna secara klinikal antara produk asal dan biosimilar

(Klik di sini untuk data perbandingan)

Kesan Sampingan Biasa

Demam (6.90%)

Loya-loya (7.97%)

Muntah (4.58%)

Cirit-birit (9.22%)

Jangkitan (3.15%)

Batuk (6.90%)

Sakit kepala (11.95%)

Rasa letih (11.77%)

Sesak nafas (4.93%)

Ruam(5.89%)

Sakit otot (5.23%)

(6)

(Klik di sini untuk jadual perbandingan)

Kesan Sampingan Serius

Masalah jantung (2.67%)

Masalah paru-paru yang teruk (0.36%)

(6)
Produk Trastuzumab Asal Biosimilar
Anggaran Kos Berdasarkan Suntikan Vial 440mg RM7800.00 RM2900.00
Dos Monoterapi

⦁ Rejim 3 Mingguan
Dos Pertama: 8mg/kg (minggu 1) -1 kitaran
Dos Penyelenggaraan 3 mingguan: 6mg/kg (minggu 2-52) - 17 kitaran

⦁ Rejim Mingguan
Dos Pertama: 4mg/kg (minggu 1)
Dos Penyelenggaraan mingguan: 2mg/kg (minggu 2 -52) - 51 kitaran

Kombinasi dengan kemoterapi lain (Pilihan Doktor)

⦁ Rejim 3 Mingguan
Dos Pertama: 8mg/kg (minggu 1) -1 kitaran
Dos Penyelenggaraan 3 mingguan: 6mg/kg (minggu 2-52) - 17 kitaran

⦁ Rejim Mingguan Dos Pertama: 4mg/kg (minggu 1)
Dos Penyelenggaraan mingguan: 2mg/kg (minggu 2 -12) - 11 kitaran
Dos Seterusnya 3 mingguan: 6mg/kg (minggu 13-52) - 13 kitaran

Di kanser payudara awal dan kanser payudara metastatik (lanjut), kedua-dua produk asli/ rujukan dan biosimilar adalah setanding dari segi penambahbaikan prognosis pesakit.

Sila merujuk kepada artikel yang diterbitkan untuk maklumat lebih lanjut.

Artikel Yang Diterbitkan