Apakah kanser payudara?
-
Kanser payudara adalah sejenis penyakit di mana sel-sel di payudara membesar di luar kawalan. Terdapat pelbagai jenis kanser payudara dan ia bergantung kepada sel origin yang bertukar jadi barah. Kanser payudara juga boleh merebak di luar payudara melalui saluran darah dan sistem limfa. Apabila kanser payudara merebak ke bahagian tubuh badan yang lain, ia dikatakan telah menjadi barah sekunder.(2)
Peringkat Kanser Payudara (2, 3)
Peringkat 0
Kanser terhad kepada dalam saluran susu dan tidak invasif. Rawatan untuk tumor payudara tidak invasif selalunya berbeza dengan rawatan kanser payudara yang invasif.
Peringkat 1
Kanser payudara masih kecil (<2cm) serta belum merebak ke kelenjar ataupun hanya sedikit yang tersebar ke kelenjar sentinel.
Peringkat 2
Kanser payudara ini lebih besar daripada kanser tahap 1 (2cm-5cm) dan/ atau telah merebak ke beberapa kelenjar berdekatan.
Peringkat 3
Tumor ini lebih besar atau tumbuh dalam tisu berdekatan (kulit di atas payudara atau otot di bawahnya), atau mereka telah merebak ke banyak kelenjar berdekatan.
Peringkat 4
Kanser telah merebak di luar payudara dan kelenjar berdekatan ke bahagian badan yang lain. Rawatan untuk kanser payudara peringkat 4 biasanya terapi sistemik.
Jenis kanser anda akan menentukan pilihan rawatan anda dan bagaimana kanser anda akan memberi respon terhadap rawatan yang anda terima.
(4)Apakah sub-jenis kanser payudara?
-
Kanser payudara juga boleh diklasifikasikan berdasarkan sensitiviti sel-sel kanser kepada rawatan hormon dan pelbagai peringkat pertumbuhan kanser.(5, 6)
- 1) Receptor-Positive Breast Cancer
- 2) HER2-Positive Breast Cancer
- 3) Triple Negative Breast Cancer
- 4) Hormone Receptor-Positive & HER2-Positive
-
Hormon Reseptor Positif Kanser Payudara
Sel-sel kanser payudara hormon yang positif terdiri daripada protein yang dikenali sebagai reseptor hormon yang berpaut kepada estrogen dan/ atau progesteron, sejenis hormon semula jadi yang beredar dalam badan dan bertanggungjawab untuk perkembangan seksual dan kitaran haid, kehamilan dan embriogenesis. Penerimaan hormon/ sensitiviti menentukan kebolehgunaan terapi hormon dalam mengubati kanser payudara.
-
HER2-Positif Kanser Payudara
Sesetengah kanser payudara mempunyai banyak reseptor faktor pertumbuhan epidermal manusia 2 (HER2), sejenis protein yang boleh membantu dalam percambahan sel-sel kanser. Sesetengah ubat yang menyasarkan HER2 secara khusus boleh membunuh jenis sel-sel kanser ini.
-
Kanser Payudara Tiga Ganda Negatif (Triple Negative)
Kanser Payudara Tiga Ganda Negatif (Triple Negative) memberikan keputusan negatif kepada (i) reseptor estrogen, (ii) reseptor progesteron dan (iii) HER2. Kategori kanser ini tidak sensitif terhadap rawatan hormon. Oleh itu, kaedah rawatan alternatif perlu dipilih dalam kes-kes tersebut.
-
Hormon Reseptor Positif & HER2-Positif Kanser Payudara (Triple Positive)
Bertentangan dengan kategori yang disebutkan sebelum ini, rawatan hormon sesuai untuk jenis kanser ini kerana sensitiviti terhadap hormon oleh reseptor estrogen, reseptor progesteron dan HER2. Ubat-ubatan yang menyasarkan HER2 berjalan lancar dengan rawatan.